TITIK MULA TEROKAI PONTIAN - PENGHUJUNG BENUA ASIA
Gambar di atas adalah sebahagian sahabat seperjuangan bisnes rumah inap di Pontian. Masing-masing punyai kelebihan tersendiri sama ada dari segi rumah inap itu sendiri, lokasi, harga dan layanan.
.
Di Persada Hasra Chalet & Homestay, para tetamu boleh nikmati pesona kedamaian suasana kampung. Dijamin selesa lagi "privacy" pada harga serendah RM250 satu malam.
.
Setiap rumah di Persada Hasra dilengkapi dengan perabot jati baru, diimport khas dari Japara Indonesia. Punyai 3 bilik tidur, 2 bilik air. Bilik utama berhawa dingin. Ruang tamu yang luas. Ruang dapur yang bersih berserta perkakas dapur dan kelengkapan alat memasak.
.
Tak susah nak angkat bagasi jauh-jauh ke dalam rumah. Kenderaan tetamu dijamin selamat dengan kemudahan parkir percuma terus di hadapan pintu rumah.
.
Setiap rumah boleh menempatkan sehingga 9 orang tetamu pada satu masa. Maksudnya keseluruhan 6 buah rumah boleh menampung sehingga 54 orang pada satu masa. Ramai boleh muat tu, buat family gathering pun mudah.
.
Dari segi lokasi, Persada Hasra tidak jauh dari pusat bandar Pontian. Mengikut google maps, ia mengambil jarak 3.8 KM ke bandar lama Pontian dan 4.8 KM ke Pusat Perdagangan Pontian (Bandar Baru Tambak Pontian).

.
Berbaloi pilih Persada Hasra Chalet & Homestay. Say "Hi" dan tempah kami sekarang! Terima kasih.
.
.
.
.
Apa yang best Pontian ni? Tetamu dan pengunjung pasti tak mahu melepaskan peluang meneroka destinasi pilihan Penghujung Benua Asia ini. Antaranya :
1. Makan Makanan laut segar, lazat dan murah - Restoran Mandela dan Restoran Jeti Kukup.
2. Melawat Muzium Bugis - Menyelongkar sejarah asal usul bangsa dagang orang Bugis ke Pontian.
3.Berbasikal dan Mendaki Hutan Lipur Gunung Pulai - Kepada mereka yang suka aktiviti mencabar dan menikmati kehijauan flora dan fauna.
4. Berkunjung ke Taman Negara Tanjung Piai - Cintai kedamaian alam. Hargai anugerah Tuhan.
5. Banyak lagi tempat menarik. Penulis bakal kupas satu persatu tempat-tempat menarik di Pontian ini. Kita tunggu di posting akan datang. Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi.
.




















Comments
Post a Comment